Bubur Pulut Hitam


BAHAN-BAHAN :

Pulut Hitam - 250g (1 pek kecil)
Air - 6 gelas (agak sendiri, terlebih terkurang boleh adjust)
Gula melaka - 2 biji (pecah2kan)
Daun pandan - 2 helai (ikat simpul)
Garam - sikit
Santan Kara - 1 kotak sedang (500ml)



CARA-CARA :

*Sepanjang masak bubur ni, api letak sedang je, jgn terlalu kuat api sebab nanti pulut tu terbantut masak.

*Cuci beras pulut hitam, masukkan pulut hitam dalam periuk. Tuangkan air. Masuk sekali daun pandan.

*Api sedang sahaja. Gaul dan pastikan jangan hangus.

*Bile pulut da agak kembang, masukkan garam, gula melaka dan gaul sampai gula cair.

*Masukkan santan, gaul sebati. Siap.

Comments

Popular Posts