Kuih Siput


BAHAN-BAHAN :

Bwg kecik - 4 genggam
Bwg putih - 2 labu
Jintan kecil - 1 sudu penuh
Ketumbar - 2 sudu penuh

(blender semua bahan diatas guna air yg sikit, jgn lebih air, nanti kene pakai tepung banyak. Air sikit je!)

Daun kari - 1 genggam (goreng, da sejuk ramas2)

Planta - 4 sudu (jgn lebih, lebih nanti over lembut, kalau kurang keras pula)
Garam - secukupnye
Telur - 2 biji
Tepung gadum - 1kg



CARA-CARA :

*Masukkan semua bahan2 dalam 1 besen, gaul rata.

*Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sampai tepung tak lekat kat tangan. Klu rase tepung kurang, tambah lagi.

*Lepas tu dah boleh bentuk guna acuan. Jangan tebal sgt, nanti x sedap. Utk tidak melekat, Ratakan sedikit tepung di dulang, dan gosok sikit tepung kat tangan setiap kali nk bentuk kan kuih siput tu.

*Cara goreng, tuang minyak dalam kuali, kemudian agak minyak da panas sikit je, masukkan kuih siput tu. Jgn tggu minyak panas betol. Agk2 minyak panas sikit. Masuk kuih siput. Minyak akan nampak berbuih2. Gaul rata. Warne agak da cantik, Boleh rasa 1, agak da garing boleh angkat keluar.

Comments

Popular Posts