Pathiri/Aanam Pathiri/Kayyi pathiri


BAHAN-BAHAN :

Tepung beras babas - 2 cawan
Air - 3 gelas (didihkan Air betol2 didih)
Garam - 1 sudu teh
Minyak - 1 sudu makan

(tepung selain dari Tepung babas :
1 cawan Tepung, 1 cawan air)


CARA-CARA :

*Tuang air dalam kuali, masukkan minyak dan garam. Tunggu sampai air betul betul didih.

*Kecikkan api, masukkan tepung dan kacau rata. Tutup api. Tutup periuk dengan penutup dan biar 5 minit.

*Kemudian letak adunan tadi dalam besen, lepas tu uli sampai hilang panas. Biar lembut dan tak berbiji.

*Buat bentuk bulat mcm bola, dan tekan tengah, letak dalam periuk kukus dan  kemudian kukus selame 25 minit. Jangan bertindih Setiap aanam Pathiri tu, kalau bertindih maka semua adunan akan melekat. 

*Sapu minyak pd bekas kukus supaya Tepung tak lekat di bekas.

*Mase buat bentuk bulat2, utk elakkan Tepung melekat kat tangan, boleh gunakan sedikit air. Sapu di tangan lepas tu teruskan proses.

*Siap kukus, letak bawah kipas, biar sejuk betul baru campur dalam kari.)

Resepi Kari utk pathiri / Aanam pathiri boleh klik di sini


Comments

Popular Posts