Kek Coklat Moist



Bahan A :
Serbuk koko - 1 cawan
Tepung gandum - 1¼ cawan
Baking powder - 1 sudu
Soda bikarbonat - 1 sudu
* ayak semua bahan di atas dan ketepikan

Bahan B :
Telur - 4 biji
Esen vanilla - 1 sudu kecil
* pukul adunan telur sampai kembang. Kalau malas, blender je la sampai berbuih kemudian masukkan esen vanilla. 

Bahan C :
Gula pasir - 1 cawan
Garam - ½ sd teh
Susu cair - 1 cawan
Minyak masak - 1 cawan 
Susu pekat manis - ½ cawan
* semua masukkan dalam kuali, dengan api kecil gaul hingga bahan cair dan sebati. Kemudian masukkan ke adunan telur yg telah siap dipukul tadi. 

Cara :

* Masukkan bahan yg telah di ayak td sikit demi sikit ke dalam bekas adunan campuran bahan B dan C tadi. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

* Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang dulu ye. 

* Balut tutup pengukus dengan kain supaya air wap tak jatuh ke adunan kek. Kukus selame 1 jam. Siap. 

* Kalau guna noxxa, masukkan adunan kek coklat terus dalam inner pot. Kemudian tombol ke arah steam. Dan pilih steam, set selame 30 minit. Lepas siap, tunggu 10 minit baru bukak. Siap. 


Resipi untuk topping kek coklat moist :

Susu pekat manis - ½ tin
Serbuk koko - ½ cawan
Milo - ¼ cawan
Butter - 2 sudu makan
Susu cair - ½ cawan
Air - ¼ cawan @ secukupnya

*kacau semua bahan secara double boil atau atas api kecil hingga pekat berkilat.


- ikut suke nk pakai bekas acuan jenis ape pon. kalau acuan Kecil2 mcm gambar dibawah, jadi kukus 20 minit je. Siap. Klu bekas acuan jenis besar, so kene kukus sampai 1 jam @ hingga masak - 



Jom makan!! 



Comments

Popular Posts