Kek Milo

Bahan A :
Tepung gandum - 1¼ cawan
Baking powder - 1 sudu
Soda bikarbonat - 1 sudu
* ayak semua bahan di atas dan ketepikan

Bahan B :
Telur - 4 biji
Esen vanilla - 1 sudu kecil
* pukul adunan telur sampai kembang. Kalau malas, blender je la sampai berbuih kemudian masukkan esen vanilla. 

Bahan C :
Serbuk Milo - 1 cawan
Gula pasir - 1 cawan
Garam - ½ sd teh
Minyak masak - 1 cawan 
Susu pekat - 2 sudu
* semua masukkan dalam kuali, dengan api kecil gaul hingga bahan cair dan sebati. Kemudian masukkan ke adunan telur yg telah siap dipukul tadi. 


Cara :

* Masukkan bahan yg telah di ayak td sikit demi sikit ke dalam bekas adunan campuran bahan B dan C tadi. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

* Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang dulu ye. 

* Balut tutup pengukus dengan kain supaya air wap tak jatuh ke adunan kek. Kukus selame 1 jam. Siap. 

* Kalau guna noxxa, masukkan adunan kek coklat terus dalam inner pot. Kemudian tombol ke arah steam. Dan pilih steam, set selame 30 minit. Lepas siap, tunggu 10 minit baru bukak. Siap. 

Comments

  1. The King Casino - CommunityKhabar
    The King Casino is poormansguidetocasinogambling.com the only casino near the communitykhabar casino. All casino games are legal and the game variety is huge! The kadangpintar games are also available at any of 사설 토토 사이트 the

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts