Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus

Bahan A :
Tepung gandum - 1 cawan
Soda bikarbonat - 1sd besar
*dua bahan ni di ayak, Kemudian Masukkan ke dalam bahan B

Bahan B :
Telur - 4 biji (kacau hingga kembang) 
Esen valina - 1 sd teh
Susu pekat - ½ cawan
*kacau telur hingga kembang, masukkan Esen vanilla dan Susu pekat. Kacau hingga rata

Bahan C :
Gula - 1 cawan 
Butter - 3 sudu
Air panas - 1 cawan
*masukkan Gula dalam kuali, kacau dengan api yang kecil. Kacau sampai keperangan. Kemudian Masukkan butter, kacau hingga cair. Masukkan air panas dan kacau sebati, Kemudian tunggu sejuk sikit dan boleh terus Masukkan dalam adunan campuran A dan B tadi. Jangan risau jika adunan cair, mmg begitu la sememangnye. 


Cara :

* Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu majerin@minyak, dan kukus selame 40 minit - 1 jam. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang. Balut tutup pengukus dengan kain supaya air x jatuh ke adunan kek. Siap. 

* Bagi yang guna noxxa, masukkan adunan semua ke inner pot. Tekan steam selame 20 minit, tombol arah ke steam. Lepas siap masak, jangan terus buka. Tunggu dalam 10 minit br buka penutup noxxa. Siap

Comments

Popular Posts