Kek Suji @ Semolina
Bahan A :
Tepung gandum - 2 cawan
Baking powder - 1 sdk
Tepung suji @ semolina - 1 cawan
Garam - ½ sdk
*Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan tepung suji, garam dan gaul rata.
Bahan B :
Telur - 4 biji
Esen vanilla - 2 sdk
Susu segar @ Susu tepung - 100ml
Gula pasir - 1 cawan
Minyak masak - 1 cawan
*Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan Esen vanila, Susu dan Gula. Kacau hingga rata dan Gula agak tarut. Masukkan Minyak. Kacau rata.
Cara :
* Masukkan bahan A ke dalam adunan B. Kacau rata hingga sebati dan sekata.
* Masukkan dalam loyang, dan dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau sehingga dimasak.
* Bagi yg nk guna noxxa, selepas selesai kacau rata bahan2, terus Masukkan bahan ke inner pot noxxa. Arahkan tombol pada steam, tekan butang steam sampai angka 35 minit. Tunggu siap, selesai.
Kek suji dengan teh tarik, sedap ni. Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment