Tengal pala appam/Appam lenggang
BAHAN :
Nasi - 1 cawan
Mauripan - ½ paket
Santan - 1 kotak kecil
Tepung beras - 150g @ 1½ cawan
Susu pekat - ¼ cawan
Garam - 1 sdt
CARA :
* Guna kuali NON-STICK bagi memudahkan kerja anda. *
* Blender semua bahan di atas kecuali garam. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat. Kalau terlalu cair, tambah lg sikit Tepung beras. Kalau pekat sangat, tambah sikit air.
* Tuang dalam bekas, Kemudian tabur Garam. Biar kan selame 1 ½ jam.
* Dah boleh ambik 1 senduk dan tuang dalam kuali khas untuk buat tengapala appam ni. Gerak kan kuali supaya sekeliling Kuali kene bancuhan tadi. Bentuknye akan jadi macam kuali juga. Boleh rujuk gamba last sekali. Tunggu masak. Selesai.
* gambar yg sy share tak jadi bentuk yang sepatutnye, sbb pakai kuali biase, bukan kuali khas utk buat makanan ni *
* Ni la rupe periuk khas untuk buat tengal pala appam ni.
Comments
Post a Comment