Apam Kampung



Bahan :

Gula Melaka@gula perang - 1 cawan
Garam - ½ sudu teh
Air suam - 1 cawan
Tepung gandum - 2 cawan
Mauripan@yis - ½ paket

Kelapa parut - 2 cawan (ikut suke byk mane) 
Garam - 1 sd teh 
*campur dua bahan ni dan Gaul sebati, simpan tepi. 


Cara :

* Dalam 1 bekas, masukkan Gula, Garam dan air suam. Kacau sampai Gula dan Garam larut. 

* Kemudian Masukkan Tepung dan Mauripan@yis kacau sampai sebati dan tidak berketul. Kacau sampai Adunan jd pekat mcm adunan kite buat jemput2 Pisang tu.

* Masukkan adunan dalam loyang yang da disapu Minyak. Tutup loyang dan biarkan adunan selame 2 jam. Pastikan pakai loyang yg tinggi sikit ye, sebab adunan akan mengembang.

* Selepas 2 jam, masukkan loyang ke periuk kukus, penutup loyang td tu jgn lupe bukak dulu. Kukus selama 30 minit. Panaskan dulu pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang td. Pastikan penutup periuk dibalut kain, supaya air wap tak jatuh ke dalam adunan.

* Siap kukus, cheak dulu kuih masak atau tak, kalau kurang masak, kukus lg 5-10 minit. Siap, tunggu sejuk. Boleh potong dan taburkan Kelapa td. Sedia dihidang.

Kacau2

takde loyang, tupperware pon jd la. 😂

cheak kuih, dah masak sepenuhnye ke belum

mase utk potong

jeng Jeng jeng 😊

Comments

Popular Posts