Kuih Getas



BAHAN :

Tepung pulut - 2 cawan
Tepung gandum - 1 cawan
Kelapa parut - 1 cawan
Garam - 1 sdt
Air - 1 cawan


Bahan Sira :

Gula - ½ cawan
Air - ½cawan



CARA :

*Satukan semua bahan dalam Besen. Gaul sampai jadi doh. Kalau air kurang, boleh tambah sikit. Uli sampai jd doh dan tak melekat di tangan. 

*Kemudian, buat bentuk bulat @ bujur ikut citarasa masing2. 

*Dengan Minyak yang sederhana panas, goreng kan kuih sampai agak garing dan kuning keemasan. Kemudian toskan kuih. Simpan tepi. 

*Di kuali yang lain, masukkan bahan Sira. Air dan Gula. Kemudian kacau kacau dan kacau sampai jd putih pekat dan likat. Dah putih pekat, masukkan kuih yg dah ditoskan td. Tutup api, Gaul kuih dan terus Gaul sampai bahan Sira td kering Dan nampak seperti pasiran Gula di periuk. Gaul lg sampai kering. Dalam 5 minit jugak la Gaul. Kene sabar ye. :) 

*Ramai fail di bahagian Sira ni, jd Hati2 ye. Sy pon fail berkali2 juga sebelum berjaya Sira ni. :) Selamat mencuba. 




Tak lawa rupe 😂 asal boleh


Kacau air Sira sampai pekat lagi 

Akhir sekali masuk kan kuih dan Gaul2 sampai air Sira td kering

Comments

Popular Posts