Ikan tenggiri sambal
Bahan :
Ikan tenggiri - 10 ketul Saiz sedang (letak garam dan kunyit sikit, goreng garing. Ketepikan)
Cili kering - 1 mangkuk (potong 2, rendam dgn air panas, biarkan kejap kemudian cuci sampi bersih, blender sampai halus)
Bawang besar - 7 biji (2 biji blender besame cili kering td. 5 biji lg hiris)
Bawang putih - 7 ulas (blender bsame cili kering)
Asam jawa pes - ½ sudu kecil @ secukupnye
Air - secukupnya
Minyak masak - secukupnye
Gula - 3 sudu @ secukupnye
Garam - secukupnye
Ajinamoto - sikit je
Cara :
*Panaskan minyak, kemudian tumis bawang yg dihiris td sampai agak layu sedikit.
*Masukkan
bahan2 kisar td dan kacau sampai pecah minyak. Dah pecah minyak,
masukkan sikit sgt air, dan kacau lg sampai pecah minyak. Dah pecah
minyak, masukan lg sikit air, kacau lg sampai pecah minyak.
*Kemudian masukkan asam jawa pes, kacau biar rata.
*Masukkan garam, gula dan aji,
kacau rata dan biarkan sekejap biar pecah minyak. Masukkan ikan yg telah digoreng td, biarkan dalam 2 - 3 minit. Rasa cukup semua. Siap utk dihidang.
Comments
Post a Comment