Telur sambal

Telur - 8 biji ( goreng 1, 1 dalam kuali dgn minyak panas, so br dpt telur garing2. toskan, simpan tepi)


Bahan kisar halus :
Bwg besar - 2 biji
Bwg merah - 4 biji
Bwg putih - 7 ulas
Cili kisar - 2 senduk kecil

*panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak, dah naik minyak, masukkan 👇🏼

Garam - secukupnya
Gula - secukupnya
Aji - sikit
Sos cili - 2 sdm
Sos tomato - 2 sdm
Air - ½ cawan

*kacau lg hingga pecah minyak, dah pecah minyak masukkan air sikit lg dan kacau hingga pecah minyak. Kemudian masukkan 👇🏼

Pes asam jawa - ½ sdk
Bwg besar - 1 biji (dihiris)

*kacau rata, Kalau nk berkuah boleh lebihkan air dan adjust rasa.

*susun telur goreng td di pinggan, kemudian tuang sambal yg telah siap dimasak ke atas telur2 tersebut. Sedia dihidang.

Comments

Popular Posts