wajik @ pulut kacau

Bahan untuk pulut :

Beras pulut - 500g @ 2 1/2 cawan
Santan segar - 2 cawan
Daun pandan - 2 helai (ikat)

*cuci beras pulut bersih2, rendam minimum 3 jam, nk rendam 6 jam pon boleh. Yg penting jgn kurang 3 jam. Dah 3 jam, toskan.

*kemudian masukkan beras pulut dlm loyang masukkan daun pandan. tuang santan segar 2 cawan @ sehingga tutup permukaan beras pulut. Didihkan air pengukus, air da didih, Masukkan loyang dalam tempat kukus, dan kukus selame 20 min, kemudian bukak menutup kukus, kacau2 pulut, tutup semula pengukus, dan kukus lg 10 min. Siap. Ketepikan dan biarkan sejuk.


Bahan utk gula :

Santan segar - 2 cawan
Gula putih - ½ cawan
Gula merah - ½ cawan
Gula melaka - 1½ cawan @ 250g

*masukkan semua bahan2 ni dalam kuali, dgn api yg kecil, kacau hingga larut semuanya. Jgn pakai api besar, sbb takot gula hangus dan santan pecah minyak. Dah larut, tapiskan semua, isau2 ade batu kecik2 jd kene tapis. 

 *Dah tapis, gula td masuk semula dalam kuali dan masukkan juga bahan dibawah ni -


Garam - 1 sdk
Daun pandan - 2 helai (diikat)

*kemudian kacau hingga pekat. Boleh rujuk video dibawah ye. Kacau la sampai lebam, 🤣 dalam 30 - 40 minit jugak la kacau.

*bile da pekat, keluarkan dulu daun pandan. kemudian masukkan pulut yg da sejuk td, dan kacau lg dan lg.. Kacau2 hingga agak sebati dan bergetah pulut td. Boleh rujuk video dibawah klu x faham. 

*jangan kacau sampai terlalu kering, nanti pulut jadi keras. Dah siap semua, masuk dalam bekas. Dan biarkan sejuk semalaman. Esok da boleh makan.



**resepi ni sy ambik dr resepi che nom, cume ade berbeza sedikit cara sy. sebagai rujukan boleh tgk video ni, klik sini**

Comments

Popular Posts