Ayam masak merah

Bahan :

Ayam - 1 ekor (potong kecik, lumur garam dan kunyit, goreng separuh masak)

4 sekawan - kayu manis (1) , bunga lawang (2) , bunga cengkih (3) , buah pelaga (3)

Bawang besar - 3 biji (kisar) 2 biji (hiris)

Bawang putih - 7 ulas (kisar)

Halia - 1 inci (kisar)

Lada kering kisar - 4 senduk kecik @ 2 genggam lada kering (potong2, rendam dgn air panas, tapis buang biji, kisar)

Serai - 2 btg (diketuk)

Sos cili - 2 sdm @ agak2

Tomato puree - 1 tin kecil

Daun pandan - 1 helai diikat (xde xpe)

Garam

Gula

Ajinamoto


Cara :

* guna minyak yg goreng ayam td, klu byk sgt boleh kurgkan. Tumis 4 sekawan, daun pandan, bawang besar dan serai. Tumis hingga bawang layu.

* masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak, dah pecah minyak, masukkan air sikit dan tumis lg hingga betol2 pecah minyak.

* kemudian masukkan tomato puree dan sos cili secukupnya. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan aji secukupnya. Gaul sebati semua. 

* masukkan ayam yg da separuh goreng td, gaul rata semua. Masak hingga ayam masak sepenuhnya. Rasa kuah, jika semua cukup, maka siaplah sudah. Kalau x cukup rasa, boleh tambah gula dan garam lg sikit. Selamat mencuba.

Comments

Popular Posts