Tomyam Ayam
Bahan :
Air - 6 cawan @ secukupnya
Serai - 2 batang (potong besar2 serong2)
Lengkuas - 2 inci (ketuk2)
Daun limau purut - 4 helai (koyak dua, biar keluar bau)
Akar ketumbar - 2 @ 3 (cuci bersih2 dulu hilangkan pasir)
*masukkan semua bahan dalam kuali, dan didihkan dalam 5 minit, dah didih, masukkan 👇🏻
Ayam - 1 ekor (saiz potong ikut suke)
Kiub ayam - 1 kiub
Sos ikan - 2 sd besar
Pes tomyam - 4 sd besar @ secukupnya
Garam - secukupnya
*masak hingga didih dan ayam masak, bile ayam da masak, masukkan 👇🏻
Bawang holland - ½ biji (hiris)
Kubis bunga - ½ labu (potong ikut suke)
Carrot - ½ batang (potong ikut suke)
Tomato - 1 biji (potong 6)
*kacau rata semua, biar dalam 2 minit, lepas tu masukkan 👇🏻
Susu cair - 1 senduk kecil
Cendawan (jika suka) - sy pakai cendawan enoki, sedap (potong bahagian bawah yg hitam tu, pas tu pisah2kan, xnk pisahkan pon xpe)
Cili padi (jika suka) - 6 btg (diketuk)
*kacau rata, sebelum tutup api, masukkan 👇🏻
Jus limau nipis - 3 sd besar @ secukupnya
Daun ketumbar - 1 genggam (potong kasar2)
*kacau rata semua, rasa, kalau masam kurang, boleh tambah jus limau nipis sikit lg. Semua rasa dah ok, siap! Sedia dihidang.
Boleh rujuk video che nom kalau nak lebih faham, sy rujuk disini juga 👉🏼 https://youtu.be/7hmjs1sZmM0
Comments
Post a Comment