Bubur chacha

 Bahan : 


Pulut chacha - 1 paket (150g) 

Sagu putih - 5 sdm

Gula melaka - 2 biji saiz sedang

Gula pasir - 2 sdm (boleh tambah @ kurang ikut manis masing2)

Garam - 1 sdk

Daun pandan - 3 helai (diikat)

Santan kara - 1 kotak sedang (500ml)

Air - secukupnya



Cara :


* cuci pulut chacha mcm kite cuci beras, kemudian rebus pulut chacha hingga masak. Tapis dan cuci dengan air sejuk. Ketepikan.


* cuci sagu bersih2 dan ketepikan.


* masukkan air dalam periuk, air agak2 la banyak mana ye. Lepas tu masukkan daun pandan dan gula melaka. Kacau hingga gula larut.


* masukkan pulut chacha, sagu, garam dan gaul hingga sebati.


* bile sagu agak da masak sedikit, masukkan santan. Gaul rata.


* sagu da masak, pulut chacha da masak, maka da siap. Boleh masukkan gula pasir, gaul rata. Rasa kalau okey manis2, boleh tutup api. Siap.

Comments

Popular Posts