Pulut mangga

Bahan pulut : 

Beras pulut - 2 cawan (cuci bersih2, rendam 1 jam)

Santan kara - 1 kotak kecil 200ml

Air - secukupnya

Garam - secukupnya

Daun pandan - 2 helai (disimpul)


* Masukkan beras pulut yg da dicuci dan rendam td ke dalam bekas utk dikukus.

* Masukkan santan dan air hingga paras menutupi beras pulut td.

* Masukkan garam dan daun pandan. Gaul semua biar sebati.

* Kukus selame 30 minit, selepas 30 minit, bukak periuk kukus dan gaul2 beras pulut, sebati kan ratakan semua, kemudian kukus lagi selama 15 minit. Siap.


Bahan kuah santan :

Santan kara - 1 kotak kecil 200ml

Air - 1 kotak santan kara tadi tu, jgn penuh sgt, kurang sikit dr penuh

Tepung jagung - 2 sdm (kacau kt air sikit dulu br masuk dalam periuk masak, kalau x nanti jadi berketul)

Garam - secukupnya

Gula - 2 @ 3 sdm

Daun pandan - 2 helai (disimpul)


* Masukkan semua bahan dalam periuk, bukak api sedang, kacau2 sampai didih. Kene kacau, kalau tak nanti jadi berketul2. Bile nampak macam da pekat, boleh tutup api. Siap.


Buah :

Mangga - 4 biji (pakai mangga yg manis baru sedap)


* Potong la ikut style mane pun.

* Siap. Boleh hias kat pinggan. Sedia dimakan.

Comments

Popular Posts