Sotong goreng tepung
Bahan:
Sotong - 1kg @ ½kg
Telur - 1 biji
Tepung bestari - secukupnya
Minyak masak - secukupnya
Cara :
* bersihkan sotong, lepas tu potong bulat2 mcm cincin cm tu...
* Kemudian masuk dalam besen, pecahkan telur, gaul2 bagi rata semua.
* Di dalam bekas yg lain, pakai bekas yg bertutup, masukkan tepung bestari dalam 2 cawan, kemudian ambik sedikit sotong yg da digaul telur td tu masukkan dalam bekas tepung, kemudian tutup bekas dan goncang2 kan bekas biar tepung2 tu bersalut pd sotong2 tu.
* Jgn masuk sekali semua sotong tu tau dalam tepung, masukkan sikit2.
* Panaskan minyak, bile minyak da cukup panas, masukkan sotong yg da disalut tepung td, masak hingga nampk tepung tu da keperangan, da boleh angkat dan toskan. Mase masuk sotong dalam minyak pun masuk sikit2, jgn masuk byk2, nanti sotong x garing.
Comments
Post a Comment