Rendang ayam style mak mertua ku
Bahan :
Ayam - 1 ekor (potong saiz sedang)
* cuci bersih2, masukkan dalam besen. Kemudian masukkan 👉🏼
Bahan kisar halus tp jgn halus sgt, potong kasar2 lepas tu kisar :
Lengkuas - 2 inci
Serai - 3 btg (hiris2, kisar)
Kunyit hidup - 2 inci
Cili kering - 15 keping (potong2, rendam dgn air panas, tapis, kisar)
Bawang besar - 2 biji saiz sedang (kalau besar sgt 1 biji je, bwg besar ni x pakai pon x pe)
Bawang putih - 10 ulas
Halia - 2 inci
Cili padi - 5 biji (kalau nak pedas)
Garam - sikit dulu
* masukkan bahan kisar ni kedalam besen ayam tadi. Gaul semua sampai sebati. Perap kan. Sementara perap tu, sediakan kuali utk memasak, kita masukkan 👉🏼
Santan - 1 biji kelapa punye santan @ 1 kotak santan SAJI @ M&S saiz kecil (200ml)
* masukkan santan dalam kuali, masak santan sampai pecah minyak, bile da pecah minyak, masukkan ayam bersama bahan perap tadi. Kemudian masukkan 👉🏼
Asam keping - 1 keping kecil
kerisik - 3 sdm
Garam - secukupnya
Gula - 1 sudu gula
Aji - secukupnya
* kacau rata semua, masak hingga ayam masak, dan kuah agak kering. Kacau dgn sopan elak ayam hancur. Kemudian masukkan 👉🏼
Daun limau purut - 7 helai (buang tulang tengah, ramas2 utk keluar kn bau)
Daun kunyit - 1 helai (buang tulang tengah, hiris nipis, asing kan sikit utk buat taburan last sekali)
* kacau rata semua bahan. Bile ayam da masak, rasa pon dah ngam. Boleh tutup api. Tabur daun kunyit yg sikit td. Buat hiasan. Siap!
Comments
Post a Comment