Lempeng
BAHAN - BAHAN :
Tepung gandum - 2 cawan
Air suam - 2 cawan
Garam - 2 sudu kecil rata
Minyak - 5 sudu besar
Telur - 2 biji
CARA - CARA :
* Semua bahan-bahan di atas disatukan dan blender supaya tak berketul dan sebati.
*Letak sedikit minyak pada non-stick pan dan ratakan.
*Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan dalam bentuk bulatan dalam kuali.
*Jangan terlalu tebal atau nipis, ikut citarasa masing-masing.
*Bila bahagian bawah telah garing, terbalikkan lempeng sehingga kedua-dua bahagian masak. Angkat dan siap.
*Boleh dihidangkan bersama Kari sardin. Siap.
*Resepi kari sardin, klik SINI.
Comments
Post a Comment