Pathiri
* Guna NON-STICK flat pan, supaya tak melekat.
BAHAN :
Tepung beras - 2 ½ cawan
Air - 2 cawan
Minyak - 1 sdb
Garam - 1 sdk
CARA :
* Tuang air dalam periuk, letak Garam dan Minyak Kemudian panaskan hingga mendidih.
* Lepas dah mendidih, masukkan Tepung terus tutup api, kacau Tepung dengan air tu sampai sebati dan sama rata.
* Lepas da sebati, tutup periuk selame setengah jam. Biar kan Tepung tu masak lagi dalam wap.
* Selepas setengah jam, tuangkan Tepung tadi ke dalam besen yang senang untuk di uli.
* Basahkan/lembabkan tangan, Kemudian uli Tepung sampai Tepung lembut.
* lembabkan tangan, supaya Tepung x lekat di tangan. kemudian buat doh bulat. Jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil.
*Lepas da buat doh, biar kan lg dlm 10 minit. Lepas tu tuang Tepung beras sikit kat doh tu. Pastikan semua doh kene Tepung beras. Supaya mudah nk ambik dan x melekat.
*Letak sikit Tepung beras di papan uli dan penggelek utk uli supaya tidak melekat.
*Uli dgn perlahan, jgn tekan.
*Kemudian boleh bakar dengan api sedang. Balik balik kan, dah kembung, siap.
*Boleh makan dengan kari ayam. resepi kari ayam klik SINI.
Comments
Post a Comment