Chutni Hijau/chutni kelapa

(kalau xde Cili hijau, boleh je pakai Cili merah. Bezanye chutni jd Warne merah ler) 

Bahan :

Kelapa parut - ½ biji
Lada hijau - 7 batang
Lada padi hijau - 4 batang (kalau nak pedas) 
Bawang putih - 3 ulas 
Halia - 1 inci
Bawang besar - 1 biji
Air masak - secukupnya (jangan pakai air paip) 
Kadalai paruppu (rujuk gamba) - 3 sdb (ni tak pakai takpe, tapi jd kurang sedap) 


* Blender semua bahan diatas

Bahan Tumis :

Lada kering - 3 keping
Biji sawi - 1 sdkecil
Daun kari - 1 batang


Cara :

* Tuang Minyak, masukkan biji sawi. Bile da letop2 Masukkan Daun kari dan lada kering. Tumis kejap. Tutup api. 

* Tuang bahan blender tadi dalam mangkuk, lepas tu Masukkan bahan yg telah ditumis td ke dalam mangkuk tersebut. Gaul rata. Siap. 

* Boleh la makan chutni dgn idli, klik SINI untuk resepi Idli.


Ni kadalai paruppu ye. Bukan kacang dal. Beza. Dal lain kadalai paruppu lain. 

Comments

Popular Posts