Idli
Bahan :
Beras - 2 cawan
Kacang tosai - 1 cawan
Alba - 1 sdt
(cuci bersih, lepas tu rendam 5 jam)
Nasi - 1 cawan
Air - sikit
Mauripan - 1 sd makan penuh
Garam - secukupnya
Cara :
*Dah 5 jam, Tapis. Masukkan dalam 1 bekas, Kemudian masukkan 1 cawan nasi, air sikit dan kisar sampai halus. Adunan jgn cair. Masukkan Mauripan. Kacau rata, Kemudian tutup dan biar semalaman. Adunan akan kembang, jd bekas biar besar supaya adunan tak tumpah.
*Esok pagi da boleh kukus dalam bekas idli. Kat bekas idli tu sapu Minyak sikit supaya tak melekat. Sebelum kukus, masukkan Garam secukupnya dan kacau rata. Kukus dalam 20 minit, siap.
*Dah siap, boleh makan dgn chutni. klik SINI untuk resepi chutni.
- GAMBAR KAT BAWAH NI YANG KALI KEDUA BUAT IDLI. PERTAMA KALI BUAT PAKAI ACUAN IDLI. KALI KEDUA BUAT, PAKAI ACUAN MANGKUK KECIL,
*sapu Minyak dalam Mangkuk, Kemudian Masukkan adunan dan kukus di periuk kukus selame 15 - 20 minit @ sehingga masak. Selesai.
Boleh masuk 7 mangkuk kecil
Pakai spatula kecil untuk keluarkan idli supaya tak comot idli tu nanti.
Cam ni la rupe mangkuk tu. Brand HORSE, saiz berape tak ingt dah.
Comments
Post a Comment