Tosai


Bahan :

Beras - 2 cawan
Kacang tosai - 1 cawan
Halba - 1 sdt
(cuci bersih, lepas tu rendam 5 jam) 

Nasi - 1 cawan
Mauripan - 1 sd makan penuh
Air - secukupnya 
Garam - secukupnya 


Cara :

*Dah 5 jam, Tapis. Masukkan dalam 1 bekas, Kemudian masukkan 1 cawan nasi, air dan kisar sampai halus. Masukkan Mauripan. Kacau rata, Kemudian tutup dan biar semalaman. Adunan akan kembang, jd bekas biar besar supaya adunan tak tumpah. Adunan kene cair sikit macam adunan kita buat lempeng tu. 

*Esok pagi dah boleh buat tosai, sebelum tu masukkan Garam secukupnya dan kacau rata.

*Ambil 1 senduk adunan, dan bentuk kan di nonstick pan. Agak da garing, lipat kan dua. Siap. Boleh makan dgn chutni @ Kari. Klik SINI untuk resepi Chutni. 

*Untuk anak yg tak suke pedas, boleh tabur ghee(Minyak sapi) dan gula. Rujuk gambar kat bawah. 




Sapu kan ghee (Minyak sapi) 

Tabur gula

Tunggu garing sikit, lepas tu lipat dua

Siap. 







Comments

Popular Posts